Friday, December 21, 2012

TIPS: Mendidik Anak GENIUS Bermula Dari Dalam Rahim Ibu

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

1- Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.


2-Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran.


3-Amalkan Membaca Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


4-Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5-Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.


6-Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


7-Latihan Matematik dan Membaca
Dipercayai amalan wanita hamil yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, rajin-rajin lah membuat latihan matematik atau soalan-soalan IQ yang menguji minda untuk merangsang perkembangan otak bayi.

Membaca juga boleh meransang kecerdasan anak. Sama seperti membaca al-Quran, membaca bahan2 yang ilmiah membantu melahirkan bayi yang bijak dan pandai..

Sumber : Majalah Pa&Ma

Monday, December 10, 2012

Passport Antarabangsa

Hi,, Hi,, Hi...

Salam ceria smua.. ok, sy dah pun buat passport antarabangsa! buat kat imegresen kuala terengganu.. punye la lambat sane buat keje.. sabo je la menunggu. da ambik no tuk bhagian ibu mengandung, tp still lambat jgk! dia punya staff buat keja.. huhhhh mmg sakit ati tgok........ (komplen aje lebih) hihi..

Tapi yg bengangnye, lam imegresen tu cam pasar tau.. depan blakang duk bercakap. ngan bunyi anak nangis la, org duk sembang2 la, bunyi lagu la.. macam2 aber.. huhuu. arap terpaksa buat kat situ je. kalau x, mmg nk buat kat kuantan. lagi cepat, senang, mudah.. sabo je la.. hihi.. yg penting passport sy ngan hubby siap! leh la nanti masuk singapore.. hoooreeeeeyyyyyyyy!! xsabar da jumaat ni nak gi jalan2. ahakssss.. ;))


Tadaaa... ni la passport kami.. jalan2 ni cam g honeymoon kali ke-2 la.. hihihi.. bukan slalu g jalan jauh2 ngan hubby.. duk pun jauh2. bila ber2, mmh romantik abis la.. huhuu

Wednesday, December 5, 2012

23 weeks pregnant

You are now 23 weeks pregnant, or in your 24th week if that's how you prefer to count it.

How your baby's growing

Within your baby's lungs, blood vessels are developing in preparation for breathing. Your baby is also swallowing regularly, though he won't do his first poo until after he's born. Around now, your baby can start to hear. Sounds going on inside your body, such as your beating heart and your gurgling tummy, are the clearest for him at first.

How your life's changing

You may notice some bleeding when you brush your teeth. This is a common pregnancy complaint, along with nosebleeds. Pregnancy hormones can make your gums swell and become inflamed, which can lead to bleeding, especially when you clean your teeth. 

What to do? Brush and floss regularly but gently and try some natural remedies for soothing bleeding gums. Good dental hygiene during pregnancy will help you keep gum disease at bay. 

As your bump grows, you may like to spend some time focusing on your unborn baby and making the most of your pregnant curves. It's perfectly safe for you or your husband to massage your bump, as long as you use gentle strokes that glide over the contours of your body. 

It's a lovely way for you both to feel close to your baby, and you may even feel little kicks in response to the massage strokes. 

What you need to know

Pregnancy tip: exercise helps you sleep

"When I started having trouble sleeping, I asked my friends for their ideas. One suggested I take a half-hour walk during the day. It really helped me sleep better and it felt great to have a bit of time to myself." 
Kerry 

Read more tips and share your own in your BabyCenter Birth Club! Register for free and meet other mums who are due in the same month as you. 

Community conversation

Find out more about confinement from mums who are planning to do it or who have done it. You'll find them in our community group

Friday, November 30, 2012

Goodbye November!! Hello December...

Assalamualaikum... Salam Jumaat! wah.. arini da jumaat la.. ptg ni nak balik umah mak mertua jumpa my hubby. Rindu sgt2 kat hubby. kih3.. Arini da pun 30hb kan? kejap je masa berlalu.. esok da pun bulan december.. best2. I Like la!! like la sebab akhir bulan nak dpt bonus! hahahaa... ;))

Ok nak crita sal my baby.. skrg da pun nak masuk 23 week. Kejap je mase. lagi 3 bulan lebih sy da nak deliver! takutttttt... hehee.. arini rase lain macam je.. dr td duk pasang surah2 al-quran lam hp. bagus tuk baby kan.. :) harap2 baby selamat. InsyaAllah.. 

Last month jumpa mesi dia cakap still ada lagi kencing kotor. bimbang la.. kalau still gni, mybe 7 month dah kene deliver. camne ni? 7 month tu awal bulan 1 tau... da dekat sgt.. harap2 baby ok. kalau boleh biar la baby cukup bulan baru deliver. bukan apa.. bimbang kesihatan baby. kalau xcukup bulan, baby xcukup kuat. takut baby ada penyakit nanti. "Ya Allah, selamatkanlah anakku.. Amin.." 

Smalam sy da beli buku nama2 baby. tp still tgok2 lagi. xtau nama apa yg nak pilih. rasa2 apa yg sesuai erk? tp.... baby xscan lagi la! hehehe.. kawan2 smua da scan.. bila nak scan ni? hurm.. niat mmg nak scan tp takut la plk. hahaa.. xkisah baby boy or girl yg penting selamat, sihat dan comel cam mama ngan abah dia.. hihi..

Ahad ni nak pegi tganu.. nak buat passport! 14hb nak gi singapore.. dinner! huhuu.. harap2 nanti larat la jalan. hihi.. then hubby nak beli tablet! harap2 jumpa la nanti.. leh main game. xla bosan sgt.. hehee.. 

Hurm.. lambatnya masa arini. nak balik! boring da duk opis ni.. keje pun da slesai.. kan best kalau dapat balik awal? hahaha.. xsabar nk jumpa hubby! kih3.. Ok la, ni je yg dapat coret kali ni. nanti sy update lagi. yg penting esok DECEMBER! I Like sgt2.. harap2 bulan december dpt memberi seribu kemanisan dan kebahagiaan yg lebih baik. InsyaAllah.. dadaaaa.. take care kawan2.. ;))


MISS my hubby.. Luv u dear! Luv u so much for ever and ever and ever!!! ONLY YOU IN MY HEART! Cewahh.. cam lebih2 je kan? hihihi.. xpe, hubby yg sah bukan lagi boyfriend.. huhuu.. ;)

Friday, November 9, 2012

5 month already..

Hi~ Good Morning.. Assalamualaikum.. 

Pagi2 kene ceria la.. nak plk arini ari jumaat. jalan xjem gi keje. mmg best. hehee.. tp time nk gi keje mmg la malas. sebab org lain smue cuti sy je yg bekerja. huhuu.. Erk.. lame dh xupdate gmbar sy yg terkini kan? pagi td nk g keje sempat berposing kejap nk hilangkan boring. hihi~ ramai sgt permintaan kawan2 nk tgok gmbar sy yg terkini.. nk tgok baby da besar ke blom. huhuu.. 

Baby da besar tp mama baby xbesar2 ni.. berat turun lagi 3kg. camne ni? susah ati jgk ni.. makan dah pun makan. Isnin ni kena jumpa doktor lagi. harap2 smuanya normal la.. kalau turun lagi, kena minum air gula. oh tidakkkkk!! sure xbest air gula tu. kalau bagi air sirap ke,, anggur ke,, kan best jgk? kih3.. pandai2 je kan.. hehee

Ok, ni la gambar sy yg terkini.. Ni baju sy yg 5 tahun lepas. Bayangkan dulu betapa gemuknya sy leh pakai baju ni.. skrg masa pregnant je leh pakai. kalau xpregnant sure besar baju ni kalau pakai.. malu bile tgok gambar dulu. nasib transformasi sy berjaya jd kurus! hehe.. syukur alhamdulillah.. :)


   
see,, muka cekung kan? mekap pun x.. nak g keje mmg la xmekap. tp kalu gi jalan2 ngan hubby sure mekap. sebab nanti kan hubby bising xseri2 syg hubby ni.. hehehe.. skrg baru 5 bulan. nanti akhir bulan depan dah 6 bulan lebih leh la shoping baju2 baby.. tp baby boy or girl erk?? jeng,, jeng,, jeng,, kite tunggu dah lihat la nanti.. hehehe.. akhir bulan depan nak scan 3D pastu leh la shoping barang baby.. ;))

Thursday, November 8, 2012

Mood jalan-jalan ~ huhuu..

Assalamualaikum..

Wah,, dh lame xupdate blog ni. last update on September! skrg dh bulan November.. Kandungan sy pun dh besar.. skrg dah pun 5 bulan. hihi.. malam2 da dapat rase baby gerak2. sgt menakjubkan!! syukur alhamdulillah sy dapat merasainya.. :)

Skrg musim cuti sekolah.. mood bercuti aje la. hihi.. kakak ipar ajak gi jalan2 ramai2 ngan family. macam best jer! tp nak g mane? ntah la.. cadang2 nk pi skayu tp masalahnye musim tengkujuh ni.. kalau nak pegi klantan ok jgk tp bajet kurenggg la~ hehehe..

Bulan depan ade annual dinner & dance plk kat Singapore. excited la plk tahun ni nk gi.. al-maklum la.. sy kan da bersuami. jadi best la jalan2 berpasangan. hik3. harap2 menang plk cabutan bertuah cam tahun lepas. hehe.. mengidam nk ipad ni.. harap2 dapat. InsyaAllah.. ;))
Hurm,, pegi sane duk kat Johor je.. kalu duk singapore terus kan senang.. leh g jalan2 singapore terus.. ingatkan hari keesokkannya nk g jalan2 singapore tp tgh search lagi camne cara ni.. kalau xpegi, rugi la voucher yg company bagi.. xkan burn gtu je. sy nk shopping!! cam tahun lepas.. best sgt2. hihi..

Jom kita mengimbas kenangan tahun lalu.. ni la gambar sy yg menang cabutan tu.. dapat TV LCD lagi.. tempat yg ke-4. Alhamdulillah..



Ni bersama bos dan kawan2 opis dari KL. harap2 tahun ni lagi meriah dr tahun lepas.. ;))

Wednesday, September 19, 2012

My new update!

Assalamualaikum.. dah lama saya xupdate blog ni. slalu je malas.. hihi. skrg dah 3 bulan kandungan saya. horey! dah masuk fasa 1. alhamdulillah sekarang dah xde muntah2, xde alahan lagi. cuma slalu je lapar. then, setiap malam xleh makan nasi. juz mkn ikan2, lauk2, mee2 saje. diet ke? huhuu.. xde la.. mmg xleh mkn la.. baby ni nak diet malam. ahaksss.. ;))

Aritu pegi klinik berat badan saya turun. nasib mesi xmarah. tp ade kencing kotor la.. ubat kena sntiasa makan la maiza! tp slalu lupe.. huhuu.. hb ok nasib baik...... minggu depan kena lagi pegi klinik. arap2 xde pape. huhuu.. 

Ni gambar scan mase 8 minggu lebih. terharu rase.. xterkata! syukur alhamdulillah.. ;)


Monday, August 13, 2012

Baby Scan

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah sy dapat mencoret lagi dalam blog ni. walaupyn xberapa sihat. hihi.. pembawakan budak. biasa la.. selalu muntah2. nk plk gastrik semakin teruk. Ya Allah.. macam2 dugaan.. :) Alhamdulillah sy tabah menghadapinya.

Ni la baby scan sy pd minggu lepas. sakit kepala, muntah2. terpaksa pegi jumpa doktor ambik MC 2 hari. waaaaaaa,, abis bonus MC xdapat tahun ni. tp xpe la.. untuk baby, rela sy berehat dr keja. camne nk keje kalau duk lam opis kena aircond jd pening2? duk umah ok la plk. hahaha.. macam2 baby mama ni..


Smalam sy mengidam nk makan buah mempelam lemak. wahhh.. terus g pasar cari. nasib baik ada. tp putik sikit. balik terus makan camtu je ngan kulit2. hahaa.. bila mulut rase bergetah baru la sy buang kulit. Arini kena pegi cari kat petronas la.. nak pelam tu ada asam skali. bestnya... kalau ari xpuasa, byk je org jual. tp skrg time puasa, xde plk kedai2 biasa yg jual..

Dalam mengandung ni, macam2 emosi kan.. hati saya cepat je tersentuh dengan suami.. kesian kat hubby. slalu kena marah. tp walaucamnepun, sy tetap syg hubby sy. baby ni tanda cinta kami.. syukur alhamdulillah.. nasib hubby faham. tapi, kadang2 terfikir.. time preggy camni la nak hubby ada skali. nak slalu disisi.. hurm,, sy kena tabah.. hubby terpaksa kerja tuk saya, haikal dan baby. kalau hubby xkeja, kesian hubby..

Malam smalam, sy terlampau emosi. Cepat tersentuh.. sampai buat hubby menangis. kesian sgt2.. gara2 nak mkn bubur mcd tp tutup.. haha.. maafkan syg k hubby.. sy nak balik pun hubby nangis sebab sedih kena tinggal duk tidur sorg2.. sedih sy bila hubby titikkan air mata dia. rasa terharu sgt2. sy tau hubby terlampau sygkan sy. Syukur Alhamdulillah sy dapat hubby yg sgt penyanyang.. :)

Lagi 5 hari nak raya. puasa pun byk hari yg terpaksa tinggal.. xsilap dah 13 hari. banyak kan! tahun depan mesti ganti. InsyaAllah.. Tahun ni raya mesti meriah.. sy dapat raya dengan 2 family! huhuu.. Alhamdulillah skrg sudah sempurna hidup saya... Harap2 kami bahagia selamanya.. <3<3<3 :))

Tuesday, August 7, 2012

Kandungan 6 Minggu


Syukur alhamdulillah sekarang dah 6 minggu lebih kandungan saya.. Arini saya rasa sakit-sakit badan, loya-loya sgt.. smalam sy makan pari asam pedas. saya xtau yg pari xboleh makan.. td sy terbaca yg pari xboleh makan. terkejut sgt.. tp smalam rasa nk makan sgt2 sebab tu sy masak.. alahai.. lepas ni sure xkan makan lagi. huhuu.. 

Smalam duk umah cuti 3 hari best je xde sakit2. tp mari je opis, terus rase xsihat. mgkin alahan ngan aircond ni.. xtahan rasa nk muntah.. pening kpala. kan best kalau leh duk umah je.. hehehe.. 

Saya harap baby sy selamat xde pape. skrg buku merah sy xbuat lagi. khamis ni la pgi buat kejap.. malas nk g klinik banyak2 kali. tp bimbang jgk kalau xdaftar awal2. takut ade pape pd baby.. harap2 selamat smuanya. InsyaAllah.. :)

Tuesday, July 31, 2012

I'm Pregnant!!!!

Assalamualaikum..

Ni la berita yg paling gembira dalam hidup saya. Syukur alhamdulillah akhirnya sy mengandung juga.. Syukur sangat2. Ok, jom dgr cerita saya.... ;))


Khamis minggu lepas, sy rasa lain macam je. rasa sakit perut, loya2 cam nak muntah. sy tak syak yang sy mengandung sebab sy ada gastrik. musim puasa biasa la.. kalau gastrik mmg sakit.. tp malam tu sy makan ubat gastrik xbaik2 juga. Ari jumaat hubby balik pun sy still sakit perut lagi.. Tp sabtu dah ok sikit. siap pegi shoping baju raya lagi! kih3.. So sal baju raya semua dah settle. alhamdulillah..

Hari Ahad sy bangun je tidur, rasa xlarat sngat2. sy ajak la hubby pegi klinik. bimbang gastrik makin teruk. Then, bila jumpa doktor, dia minta sy test air kencing dulu nak tau samada sy pregnant or not. Sy juz releks je. cam xde pape. tapi, bila doktor cakap "macam ada, macam awak ngandung!" sy terus bngun tgok test tu.. mula2 cerah then makin lama makin gelap makin gelap.. doktor plk yg excited! hehee.. dia cakap mmg betul sy pregnant! wahhhhhhhhhh... xterkata tau... mmg suka sgt2. masa tu hubby tunggu kat luar. lam hati sy mmg bersyukur sgt2. mmg ini yg diidam2kan oleh setiap wanita.. Akhirnya.. tercapai juga impian sy..

Bila sy keluar je dr bilik doktor, sy tgk hubby then sy senyum. xleh nak tipu la.. hehee.. sy cakap sy ngandung. hubby cam xpercaya. hahahhaa.. dia ingat i'm juz kidding. banyak kali dia tanya. sy cakap la mmg betul yg sy mengandung.. dia suka sgt2. nampak dr muka dia yg dia sgt2 gembira. senyum smpai ke tlinga tau.. hihi.. sehari tu mmg hubby juz senyum xde muka masam2.. dan sy pun sy cam dihargai oleh hubby. dia syg kiss sy puas2. sukur alhamdulillah.. mmg ni idaman kami..

So skrg kandungan sy 5 minggu. Saya punya due 2/4/13. hahaa.. next year.. masa skrg sekejap je kan.. sy akan jaga kandungan ni baik2. nak dapat bukan senang tau. Rezeki Allah bagi kena la jaga betul2.. InsyaAllah.. tp sy jd letih.. sy slalu sakit perut, loya nak muntah. Ni la cubaan dugaan untuk sy. mengandung di bulan ramadhan adalah dugaan yg paling ketara. Alhamdulillah sy dapat merasainya.. Sy berharap sgt2 semuanya selamat. InsyaAllah.. Semoga sy mendapat anak yg comel, yg soleh dan solehah. InsyaAllah..

Thursday, July 19, 2012

Selamat berpuasa

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan.. Hari sabtu ni kita dah pun berpuasa. So, saya nak mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat-umat islam. Jangan lupa puasa tau.. 


Mesti best saat-saat dibulan ramadhan. waktu berbuka makan ramai2.. pastu pegi solat terwih! bestnye... tahun ni plk 1st time dalam sejarah saya berpuasa di rumah mak mertua. takut la plk. hehee.. sebenarnye malu la. kan nk bangun sahur, nak berbuka same2. kih3.. kalau di rumah sy sure meriah sebab terlampau ramai waktu berbuka. sedara-mara ramai sgt2. time berbuka pasti kecoh.. hihihi..


Bagi semua kawan2 yg mngenali saya, sy ingin memohon maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa.. Semoga bulan yang mulia ini diberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua.. InsyaAllah.. 

Cuti bersejarah - Terengganu menang sukma!

Assalamualaikum...

Lama sy xupdate blog. ni mood baru datang suh sy update. mungkin sebab hepi ni esok sy cuti.. ahaksss.. 4 hari cuti. bestnye! tp cuti duk umah mertua je la. xpe, janji hubby ade skali. huhuu.. Ahad ni cuti tuk hari sejarah sukma menang 4x berturut2. tahniah Terengganu!! bangga sy jadi anak jati terengganu. kih3..






Monday, July 2, 2012

Haikal yg suka berposing

Ni koleksi gambar ank angkat sy. dh besar kan? dr 3 hari lahir sy jaga.. skrg dh 4thun. tahun depan dh nk sekolah. isk.. smua pandai. handsome anak mama ngan anak abah.. We all luv u so much! 

Setiap masa haikal senyum. mmg comel sgt2.. mata sama ngan abah dia! cam anak kami betol2 kan.. 
  

Kadang2 terfikir juga.. kesian haikal.. tp xpe la. mama ngan abah akan bg yang terbaik. kami sayang haikal sgt2! haikal dh besar. nak adik plk.. doa2kan sy smoga cepat2 dapat anak.. :)

 Isk haikal ni.. macam2 possing. muka manja, sedih, suka, lawak semua ade. hahahaha.. mmg jd koleksi ni.. nanti besar tgok la camne wajah mase kecik. comel sgt2! Love you dear.. *Muhammad Aliff Haikal*

Sport Rim keretaku! Silver.. Cun!

Jumaat baru ni, hubby sy terlampau rajin. dia dh modified sy punya keta! wah.. suke sgt2. dulu keta sy buruk je. tp skrg... macam baru wooo.. hihi. alhamdulillah sy dpt hubby yg rajin camtu. syg hubby sgt2! hehe.. 
Mmg lain sgt dr dulu. I likeeeee!! 
See.. nmpak baru kan? depan dh rendah cuma blakang je senget sikit. nti nk ejas bg sama biar lagi cun! :) smalam pun hubby dh beli karpet keta yg baru.. sure la lagi cantik.. tahun depan dh nk abis bayar bulanan. lambatnye abis.. hihi. lepas tu baru la lega.. jd hakmilik sndiri. ada jugak yg berharga kan.. dh beribu abis duit tuk keta ni. pakai je la xkan jual kot.. mmg harian tuk ulang-alik keja. (^_^)

Dinner @ Restoran Terapung Bkt Kuang

Salam.. Aritu sy pegi dinner ngan staff kat restoran terapung bukit kuang. best sgt! :) sambil2 tu kitaorg menikmati keindahan senja.. mmg syok la.. Cuba lihat gmbar permandangan tu,, cantik kan? huhuu
 Ni la makanan yg kami order ramai2. makanan2 mmg sedap.. sedap dr kedai lain. sos dia caw2 gtu. ahaksss.. lain kali boleh la pegi lagi. tp hubby xsuke sgt mkn chicken chop ngan steak. dia suka makan nasi2 je.. hihi.. jarang la leh makan cam gini. 
Lepas dr kami pegi ngan staff, sy bawak mak ngan adik pegi. blanja diorg sebab dapat bonus half-month. Alhamdulillah rezeki.. dapat jugak adik ngan mak rasa makanan camni.. :)
 Ni special beef steak. best sgt2! 


Tengok mak sy makan.. kan suka.. best tau. (bab2 mkn smue best) hahaha.. tngok badan sy! dah naik kan... tidakkkkk.. nk diet! **wink!wink!**

Friday, June 29, 2012

Salam Jumaat


Salam jumaat.. semoga hari ni lebih ceria dari semalam. jgn lupa senyum k! senyum itu satu sedekah.. ^____^ 
Hurmm.. arini keja tp ngantuk. smalam tgok bola tp frush gila2 jerman kalah! hahahaa.. xpe la, bukan tganu pun.. kih3. tp nasib arini xbz. leh rehat2 je kat opis. nanti ptg nk balik awal nk balik dungun! uikkk.. xsabar nk jumpe insan tersayang. rindu sgt2 kat suami sy yg tersayang tu.. tp nanti mesti boring duk sane kalu xde program. hihi.. 
kan best kalu leh g jalan2. hahaa jalan aje! tu je tau. ahakssss.. tp kalau pegi tganu ok jgk. leh servey baju raya.. baik beli awal2 kan nanti beli lambat ssh plk xde pilihan. :) tp kaler ape xtau lagi. hahaa.. 
isk.. ngantuknye! kena tdo la kejap. baru dap ni.. ok la.. tatatititutuuu.. zzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, June 26, 2012

Friday, June 22, 2012

Jalan2 di Melaka


Assalamualaikum..

Minggu lepas sy pegi ke melaka. sepupu sy bertunang! <tahniah hajar & yasir> semoga capat2 kawen k.. ok, sambil2 sy pegi umah m.sdara, sy pegi jalan2 jugak. hehee.. jumaat pagi sy terpaksa kerja dulu then, tghari baru dpt bertolak ngan my love hubby, haikal dan adik sarah. Kat Temerloh sempat sy singgah umah kakak ipar sebab dia punya husband kena jangkitan kuman kencing tikus. Alhamdulillah sekarang dah beransur pulih. Malam baru kitaorg sampai di Melaka bandar yg bersejarah.. Letih sangat2!

Mula2 sampai dah round bandar melaka. jalan2 di pahlawan walk. ok la kat situ tp terlampau ramai org lagipun xde pape yg berkenan untuk dbeli. hehee.. so, cuci2 mata je la. ahaksss.. ;) kiteorg duk homestay di taman merak mas. ok la rumah tu. tp terlalu ramai terpaksa tdo di luar ngan hubby & adik2. jalan punya pasal, sakit badan pun dah xkisah! hihi..

Pagi tu kitaorg pegi majlis dulu. Cantik sgt2 my cousin! happy dapat kumpul ramai2. Sekarang dah rindu tau.. kan best kalau dapat tambahkan masa duk kat sane. kih3..


Ni la gambar kenangan kami.. Luv u all so much! ^___^


Kiteorg mmg suka bergambar! ahakssss... Tp sy pakai lens kaler grey cerah. xcantik la.. nmpak cam mata kucing kan? heheee.. 




 Ok. cukup berpossing! kalau ikut possing, penuh lam blog ni. hahahaa.. Then lepas dr majlis sy jalan2 d bandar melaka dulu cuci mata. Tiba2 termengidam nk minum air coconut shake! so... terus pegi ke pantai klebang, cari air tu. Tapi terlampau ramai org yg beratur. 1/2 jam tunggu baru dapat beli. Mmg berpuas ati. sedap woooo.. mak x pernah rasa sebelum ni. bila dapat rasa, xcukup plk.. hahaaa.. 


Time balik singgah kat tangkak. Cuci mata tngok2 kain. cantik sgt2 tp xbeli. hahaa.. xde yg berkenan dhati. Hurmmm.. ingatkan nak singgah mkan durian tp dah malam. xde durian pun. semua dah tutup. Kesian mak xksampaian nk mkn durian. Xpe la.. lain kali leh beli kan? huhuu.. balik malam smpai bgaduh ngan hubby masing2 xnak drive. terpaksa bergilir2 drive. smpai umah 12tgah malam. terlampau letih sgt2. smpai je terus tido. nasib ahad xkeje. kalu keje, mmg xtau la camne.. tp walau camne pun, tetap best bercuti walaupun masa yg singkat. ;)) Harap2 lain kali leh g lagi.. Next year hajar kawen, sure lagi best jalan2..

Thursday, June 14, 2012

Cinta~~

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
___ *♥* ______*♥* ciNta tAKkan dAtaNg
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥* jiKa mEnungGu oRang yAnG sEMpurna
*♥*_____*♥* ______*♥* tApi ciNta aKan daTang
*♥*_______________♥* jiKa daPat mEneRima
_*♥*____________*♥* kEtiDaksEmpuRnaan sEsEoRang
___*♥*________*♥* dAn mEnciNtainya
_____*♥*___*♥* deNgan cAra yAng Sempurna
_______*♥*♥* — iTuLah CINTA....

Tutorial masukkan animation bling2

Assalamualaikum..

Maiza nak kongsikan cara nak masukkan animation bling2 kat blog. Sama macam dalam blog Maiza yg Welcome to Maiza Blog kat atas skali tu. Cantik kan? bling2 gitu.. hehee.. Ok, first skali mesti lah sign up di web http://www.flashvortex.com. Lepas tu korang ikut je step2 kat web tu. Senang kan? Cara paling mudah korang copy and paste code HTML yang diberikan selepas korang register dan edit perkataan yg nak tulis. 

Cara2 nak masukkan kat blog :-
1. Register kat http://www.flashvortex.com
 ~ Copy code HTML yang diberi distep install
2. Sign in blog korang
3. Klik design
4. Add gadget
5. Select HTML/Javascript
6. Pastekan code HTML

Okay.. dah pun siap. cuba review dulu.. cantik x? colour boleh tukar tau.. korang choose colour kat web tu sebelum copy code HTML. mesti korang berpuas hati nanti sebab cantik sangat.. Selamat mencuba!

Cantik x blog saya?

Opppsss.. cantik x blog saya? hehee.. cam prasan je.. so siap mengedit blog ni. ada lagi yg sy nak ubah tp slow la.. buat masa skrg ni, sgt berpuas ati. ahaksss.. kalau ada kawan2 yg leh ajarkan lagi bagus.. nanti sy buatkan tutorial untuk mengedit pada sape2 yg nak tau k.. :)

Isk.. xsabar tunggu esok. nak g melaka! sabtu ni my cousin bertunang. mesti cantik.. kali ni pegi ramai2 ngan family. 3 buat keta. sure meriah. leh g jalan2 pusing2 bandar melaka. huhuu.. bestnye! nanti sy snap gambar byk2 post kat sini k.. blog ni dah jd hobi sy so, sy suka update setiap masa.. harap nanti ramai yg follow blog sy.. ^_^


Lirik lagu Harapan (ost Seindah Sakura)

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian
masa kita Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian
masa kita Selamanya

Music Bridge

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian
masa kita Selamanya

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita Selamanya

 Note : Best lagu ni.. sekali dengar dh jatuh hati ngan lagu ni.. hehee ^_^

Tuesday, June 12, 2012

Prubahan blog

hai.. arini seharian sy update blog! buat cantik2 biar menarik gitu.. hehehe.. byk dh dapat blajar dr blog ni. suke sgt!! ni dh jadi hobi baru.. xbuka fb pun xpe. buka blog je dah hilang boring. kih3.. so esok akan diupdatekan lagi. nk tmbahkan gadget byk2 yg lawo2 gitu. ahaksss.. smoga sy berjaya! ;))

Monday, June 11, 2012

1001 Kenangan Abadi..

    


Ni la gambar akad nikah saya. Syukur alhamdulillah semuanya termakbul.. 3-2-2012 tarikh nikah kami.. Sy syg sgt2 kat suami sy. dialah segala2nya bg sy.. sy harap dia pun sygkan sy sepertimana sy sygkan dia.. hanya dia di hati sy kini dan selama2nya.. Semoga kami kekal bhagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..