Monday, January 28, 2013

Kandungan 31 minggu

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Monday, January 14, 2013

Scan 3D (26 weeks)

Assalamualaikum...

Lama dah xupdate blog sy ni.. lupa pasal scan baby aritu.. ingat da upload tp xlagi la.. hehee.. ari2 free tp nak menaip blog ni macam2 halangan.. (cik malas byk sgt!) hahaha... ok sy nak cerita pasal scan baby aritu. ahakssss.. ;)

Aritu excited sgt2 nak pegi scan baby.. col klinik buat appoinment ari tu jgk. ingatkan nak g ari ahad skali ngan hubby tp doktor xde. so terpaksa pegi awal la.. book ptg kul 4 kat klinik medic bestari paka, dungun, terengganu. kalau xbook sure xleh pegi sebab klinik tu hanya buat siang je tuk scan 3d. hehee.. so, kena booking awal2 la erk.. :)

Saya bertolak dr tempat keja kul 3 ptg. 45 minit perjalanan nak ke klinik tu. jauh jgk kan? drive sorg2. tp terpaksa.. hehe.. dh excited nk scan baby terpaksa la pegi jgk. haha.. hubby plk xleh temankan coz dia byk keja. so redha je la.. Time pegi tu bukan main lagi masuk klinik daftar nama. then pegi toilet. kluar je dr toilet ada klinik call tanya jadi x nak buat scan 3d???? aik..... sy dah smpai kat klinik dah daftar tp.... tersalah klinik la... hahahahahaha.. :-p. mmg klakar kan? nasib xjumpa doktor lagi. kalau x, malu la sgt2. hehee,..

Bila pegi ke klinik yg betul, daftar nama bukan main malu lagi.. smpai dieorg gelak. kah3.. doktor dah tunggu sy. nasib awal lagi. kalau x, kesian la lama doktor yg menunggu. hehe.. so bila da start scan doktor terangkan pasal baby.. alhamdulillah semua ok. baby xde sumbing. denyutan jantung baby ok cuma kedudukan baby sosang. tp baru 6 bulan so baby leh pusing2 lagi. arap2 la kedudukan baby ok bila 9 bulan nti.. takut sgt kalau operated! harap2 beranak normal la. InsyaAllah..

Time scan tu nampak la jantina baby! ooppppssss... baby boy or girl? jeng3x... nmpak dia punya anu! ade bird! doktor cakap. hahaha.. so baby boy la! huhuu.. bila jantina baby dah tau, leh la shoping barang2 baby. baru best kan? hehe.. skrg dah byk barang baby yg dibeli. Alhamdulillah baby sihat. tp baby baru 800 gram. kecik je kan? kalau boleh biar la baby 2kg ++. ok la sikit. xnak besar sgt sebab takut nk branak sakit! hehee.. kawan2 doakan sy smoga dipermudahkan k.. thanks all.. ;))

Ni sy selitkan gambar baby. comel sgt2! xsabar nak tunggu baby keluar. lagi 2 bulan lebih je lagi. InsyaAllah.. nmpak muka baby cam tembam jgk. hidung ngan mulut ikut abah dia! mata xtau la sebab baby pejam mata.. hero mama mmg smart cam abah kan? jeles la abg haikal nti.. hehe.. nama baby skrg tgh pk2 lagi ni.. apakah sama cam yg dirancang? atau tukar last2 minit? hehee.. dlm perancangan lagi. kalau ada nama2 yg sesuai, tolong la rekemen k! hehehe... Jom2 tgok gmbar baby... ala comey2... ;)




Wednesday, January 2, 2013

Keliru, pening, serabut...

Assalamualaikum semua..

Happy New Year 2013!! kejap je masa berlalu kan.. hurm,, tahun baru ada azam baru ke? ntah la.. rasa2 sama je kot. hihi.. cuma nak majukan diri je. harap2 tahun ni dapat memberi seribu kebahagian dan dapat mengukir sejuta senyuman serta kemanisan dalam hidup kita semua.. InsyaAllah..

Skrg usia kandungan sy dah pun 7 bulan. kejap je masa berlalu kan? Alhamdulillah semuanya baik2 saje.. cuma yg xbaik pikiran ni bercelaru. keliru, pening dan berserabut. macam2 masalah duk pkir. xtau camna cara nak luahkan. harap dengan menaip blog ni je yg dapat membantu sy luahkan sikit2. tenang la sikit ati ni dari tersimpan..

Saya sedih tgok family sy skrg ni.. sedih tgok mak saya. sgt2 sedih bila tau penderitaan yg dialami. Ya ALLAH.. Lindungilah keluarga kami.. bahagiakanlah hidup kami.. adakah sy gagal mendidik adik2 sy dgn baik??? mak byk masalah tp adik2 xde yg tolong. malah menambahkan beban plk!

Kawan2, macammana perasaan korang jika anda tau ayah yg kita syg, kita sanjung adalah .......?? Ya Allah.. kenapalah besar sgt dugaan kami?? pagi td mmg sy sgt2 terkejut.  knapa lah ayah sggup buat semua tu??? kenapa dia pk diri dia shj? knapa xpk kluarga yg lain? Kesian sgt2 kat mak. buat semua keje sorg2! adik2 ramai tp xde yg tolong! macam2 dugaan yg mak kene harungi. Tp sy sgt respect mak sy! mak sy adalah mak yg terbaik dalam dunia ni. sy syg mak!!

Skrg sy duk pkir2.. ingat nak buka kedai makan. kami dh xleh berharap pd ayah.. kalau la pape jadi pd ayah, camne ngan kami sekeluarga? mesti lagi ssh kan.. kat mana nak cari kedai makan kat kemaman ni erk?  susahnya... kalau boleh buka warung pun jadi la.. modal tu kena la ikhtiar walau camnepun. harap2 Allah akan memberi petunjuk kepada kami. InsyaAllah..

Akhir kata, sy sayangkan kluarga sy. sy syg suami dan anak sy.. sy xleh stress kan? lagi 2 bulan sy dah nak beranak.. macam2 sy kena pk! harap sy dapat hadapinya dgn tabah. InsyaAllah.. ;)