Friday, May 10, 2013

Babyku ~ Muhammad Adam Hakimi

Assalamualaikum.. 

Ni la gambar anak saya.. Saya beranak secara ceaser. emergency tau.. nanti sy akan ceritakan di lain hari. huhuu.. jom2 cuci mata tgk gambar yg kiut miut ni. ahaksss!! ;-)

Nama : Muhammad Adam Hakimi Bin Saiful
Tarikh Lahir : 11 March 2013
Tempat Lahir : Hospital Kemaman, Terengganu.


Ni masa kena admit kat hospital. Adam special ada G6PD. So kena kawal kuning lam badan. kesian baby 4 ari kena ambik darah kat tangan dia.. Tp adal kuat! syukur alhamdulillah.. ;)


Sekarang adam dah besar sikit.. makin bambam.. comel kan adam senyum! hehe..


Abg Haikal syg sgt kat adik dia.. comel anak saya kan? haha.. layu je mata. asyik tdo je.. tp muka adam stepek cam abah dia! hahaa.. mulut je ikut mama.. kecik n ciut! huhuu.. 



Abah bawak adam, mama ngan abg pegi jalan2.. hepi sgt2. thanks hubby! 


Inilah family saya yg tersayang. Merekalah jantung hati saya.. Mereka jugalah kekuatan bagi saya. semoga saya sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat kami.. InsyaAllah.. Love u all forever n ever!! ;-)

Oh My Blog!! new baby... ;)


Assalamualaikum...

Whatzup! dah berkurun xcoret kat blog ni. rindunya! macam2 lam kpala ni nak coret tp... kena la buat 1 persatu. hihi.. Sebenarnya saya dah pun bersalin. syukur alhamdulillah semuanya telah selamat. baby pun dah 2 bulan. arini 1st day sy start keje setelah bercuti selam a2 bulan. kih3..

nak tgk gambar baby? yuhuuu.. ni baby sy. baby boy! comel x? cam mama dan abah dia kan? ;))


Alhamdulillah skrg sy dah pun ok. nanti sy ceritakan pengalaman semasa nak beranak. ngeri tau... bila di ingatkan kembali... oh tidakkkkk.. serik den nk branak lagi! hihihi.. tp kalau ada rezeki lagi, mmg nak juga. huhuu.. ;))

Thursday, February 7, 2013

Tanda-tanda nak bersalin.. Be Alert!!


Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit BelakangSakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah KetubanDalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody ShowDi saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks TerbukaSebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke BawahPerut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
•Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
•Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
•Sakit perut & memulas
•Kerap buang air besar
•Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir•Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
•Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
•Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
•Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
•Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
•Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air KetubanAir ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan MenipisDoktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan BerterusanKira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.
Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
•Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.

•Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.

•Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Note : Skrg sy juz sakit pinggang, sakit belakang je. tp kat bahagian V pun sakit tau! skrg ok lagi la leh tahan. xla smpai melarat.. Dup dap dup dap menanti kelahiran baby mama ni.. ;)

Kandungan 8 bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah skrg dah pun 32 minggu.
~ HB ok! tinggi lagi.. 12.5. huhuu.. tekanan darah pun normal. Syukur sgt2.
~ Berat badan naik 2kg. spatutnya 1kg je utk 2 mggu.. mgkin sebab minggu ni duk minum air manis slalu kot.. baby pun cepat besar. ;) total berat dr mula2 beranak dh pun 8kg! oh tidakkk.. lepas beranak sure kena berpantang gila2 ni. hehe.. nk diet! nk diet! ;))

Skrg ni sakit pinggang sangat2. xtahan la. kadang2 pening kpala. adakah itu tanda......??? oh tidakkk,, skrg baru 8 bulan k. tunggu bulan depan la baby mama kluar. sama bulan besday mama tau. (hehe pandai2 je nk sama! kalau da nk kluar xkan nak halang! huhuu)

Harap2 smuanya slamat. arini keje duk search tgok sal tanda2 nak beranak je. bimbang sgt2. xde pengalaman kan.. kalau kita search, sekurang2nya kita tau.. so, jom bergoogle! kih3..


Monday, January 28, 2013

Kandungan 31 minggu

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.