Wednesday, August 17, 2016

Kemaman ke Langkawi

Assalamualaikum..

Mesti ramai yg tercari2 bajet tentang percutian ke Langkawi kan? Saya baru je balik dari Langkawi, Pulau pinang dan Selangor.. Percutian yg amat menyeronokkan...

Perjalanan dari Kemaman ke Jeti Kuala Perlis menaiki kereta selama 8 jam. Tapi sy sampai 9 jam lebih sbb 2 buah kereta byk berhenti rehat. Saya bertolak pukul 3.30 pagi hari khamis. Sampai di Genting Sempah pukul 6 pagi. 7.30 pagi bertolak semula dan sampai di Jeti kuala perlis pukul 2.30 ptg. Perjalanan menyeronokkan! takde letih k.. excited nk jalan2 kan.. hehehe

Parking kereta di Kuala Perlis

Sampai je di Kuala Perlis, ada budak yg tanya tentang perjalanan kita. dia yg recommandkan parking kereta di tempat dia. Private under MPK. Saya sewa parking berbumbung. 2 buah kereta RM80 utk 3 hari (khamis-sabtu). Pastu adik tu suggest la kereta sewa kat kami.. Dia bagi toyota innova utk 2 hari (48 jam) hanya RM160 shj.. murah kan? mmg puas hati. Kereta besar dan selesa..


Ptg pukul 4.30 baru naik feri ke Langkawi. Perjalanan anggaran 1 jam lebih. Pukul 6 sampai di Jeti Langkawi. Dah sampai, call kereta sewa dia akan hantarkan. Pastu, kita bertolak ke hotel..


SIMFONI RESORT

Tertanya-tanya tentang resort ni? Ok... bagi sy, sy bagi 4 bintang utk Simfoni resort. Bilik yg sgt bersih, selesa dan cantik! Ramai yg komen tentang breakfast kurang kan? Bagi sy, makanan kat sini dah cukup perfect! mee goreng, kuew tiow sgt sedap! xramai org jd tanpa segan silu kita makan banyak. kih3... Nanti sy ceritakan details hotel ni ye.. (*__*)

Untuk dinner, kami makan di Veena Thai Restaurant. Makanannya? wowwww terbaik!! yg penting, murah! huhuu.. (pihak hotel recommand kt sini). Dekat je dr hotel tau.. kat kawasan Langkawi ni, byk kedai thailand. Almaklum la.. Thailand kan sebelah Langkawi je.. Kami makan ikan siakap 2 esor, tomyam 3 org makan, udang 3 org makan, ayam kunyit, sayur, kerabu dan nasi 8 org makan hanya RM143 shj.. murah tak?? Bagi sy murah la.. sbb kat Kemaman ni mahal. hihi..



Jgn mengidam ye! hehehe.. ok lepas dinner kami terus balik hotel je.. rehat2 setelah penat berjalan jauh.. Ok, nanti sy akan ceritakan lagi tentang vacation kami ye.. jgn lupa follow sy... ^___^





No comments: