Saturday, August 20, 2016

Kereta Sewa di Langkawi

Hi guys... Selamat pagi! Semoga hari ni lebih baik dari semamalm ye... Senyum sokmo k! ;)
Ok, tajuk hari ni berkenaan kereta sewa di Langkawi..

Sebenarnya, kat Langkawi banyak sgt2 kereta sewa. Org kat sana mmg cari makan melalui2 pelancong yg datang je tau.. Sampai je di area jeti kuala kedah / Kuala perlis / Airport Langkawi ramai yg akan offer kereta sewa, hotel/homestay/apartment dan lain2.. xperlu risau.. Mmg mudah nak dapatkan kereta sewa di sana.

Sebelum ke sana, sy ada deal dengan 1 org ni,.. dia boleh bagi kereta alza/avanza RM150 utk 48 jam. murah kan? tp utk confirm kena bank in duit kat dia. So, sy takut kena tipu, sy xbank in duit tu.. Org zaman skrg bukan boleh percaya sgt kan? So, berhati2 la..

Sesudah sampai je di jeti Kuala Perlis, ada seorang lelaki menyapa sy.. Dia tanya kita nak ke mana. So, sy cakap la nak ke Langkawi. Dia arahkan kita utk park kereta. Then, Lelaki itu bagi details tentang parking kereta di sana. Kalau kita nak tinggal kereta, kita kena bayar sewa parking. Untuk perking berbumbung, 1 hari RM15. Utk tak berbumbung, 1 hari RM10 shj.. So, sy dapat 3 hari RM40 selepas deal mintak kurang. Kena pandai cakap tau.. jgn setuju camtu je.. hehe

Bila dah park kereta, dia ada tawarkan kereta sewa. Untuk innova 1 hari RM100. Mahal tak? sy cakap la mahal.. pastu lepas deal2 betul2, dia bagi innova RM160 shj!! haaaa.. murah kan? utk 48 jam. Kereta besar dan sgt selesa utk ramai cam kami.. Kami bayar deposit RM30 dan selebihnya RM130, sy bayar bila ambil kereta.

Sampai je di jeti Langkawi, sy call kereta sewa dan dia ambil husband sy utk pickup kereta. Bayar deposit kereta RM200 dan balance mereka akan bagi semula apabila kita hantar kereta sebanyak RM70. Jangan bimbang sebab mereka agen yg sah! Jgn ambil dgn org2 sebarangan tau.. kat sana ramai penipu. hati2...

Ni contact kereta sewa. pape hal boleh call dia ye... APIK 017-4902623




Pergi la hari normal bukan public holiday ye.. kalau hari public, sure semuanya mahal. Diaorg main harga.. Kereta sewa, parking, hotel semua mahal.. Sy pergi khamis-sabtu tp xcukup masa.. banyak tempat yg xpergi. hihi.. Lain kali InsyaAllah boleh pergi lagi.. Amin.. Tp, memang best sangat ke Langkawi. Banyak sangat2 tempat yg boleh pergi melancong. 

Ok, nanti sy ceritakan lagi details2 lain ye.. sekarang nak balik ke kerja dulu. tunggu nest details dr sy ye.. hehe.. tata titi tutu.. Assalam... :)

No comments: